Iklan Terkini

Followers

Jom Kenali Cloth Diapers

 
KENALI CLOTH DIAPERS

PERINGATAN!!! Sila baca info di bawah dengan teliti. Selepas difahami, baru buat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini untuk kebaikan anda sendiri dan kami mahu anda betul-betul faham apa yang anda mahukan untuk anak-anak anda.

Mengapa perlu guna Cloth Diapers..

- Cloth Diaper ni memang sama prestasinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diper.

1.     JIMAT wang. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan ahli keluarga.
2.     Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (Earlier Potty Training)
3.     Dari segi keselesaan dan kecantikan, lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.
4.     Boleh kurangkan masalah kesihatan anak (tiada kesan bahan kimia merbahaya).
5.     Sampah PAMPERS yang memang melambak di rumah dapat dielakkan (Mesra Alam).
6.     Free Size memang sesuai sangat sebab budak-budak umur 3 tahun ke atas memang dah kurang pakai lampin (puratanya pakai malam saja).
7.     Luaran produk saya tak kisah sangat yang penting berkesan, Tapi Cloth Diaper ni ada banyak design dan warna yang menarik. Jadi ini satu bonus pada saya, kira nampak SEMPOI la. Seluar dalam pun tak payah nak dipakaikan, kurang sikit benda yang nak di basuh.

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.


Kenali lampin Pakai Buang atau orang panggil 'Pampers"

  1. Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.
  2. Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :
a.     Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Diotidakin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa (bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!
b.    Menambah masalah kerangsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitive bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.
c.     Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sitem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.
d.    Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia t idak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
Jadi, anda halusi dan telitikan apa yang telah anda baca, kemudian buatlah keputusan.



Pocket CD with 1 insert :)
Ciri-ciri :-

1.     Datang dengan 3 lapisan 100% Microfiber Terry Inserts  inserts  (5"x13.5") yang mana adalah satu bahan serap kukuh dan boleh menyerap air kencing dengan pantas.
2.     Butang-butang di depan cloth diaper merupakan sebagai pelaras kukuh bagi mewujudkan Size S, M atau L lampin.
3.     One Size diaper  bayi boleh digunakan oleh bayi antara 3 hingga 13kg.
4.     Mudah untuk dilaraskan pada bahagian pinggang dan kaki.
5.     Bersifat menyerap yang mana 3 lapisan yang mana salah satu lapisan didalam terdiri daripada  bulu biri-biri.
6.     Lapisan dalam yang terdiri daripaa bulu biri-biri adalah lembut hingga tidak berlaku kelembapan pada kulit bayi.
7.     Kalis air luar dengan PUL pelapisan untuk mencegah kebocoran dan kulit bayi boleh bernafas.
8.     Dibuat 100% Polyester / kapas Original.
9.     Yang paling mudah, CD boleh dibasuh dengan menggunakan mesin. Pasti anda sebagai seorang ibu akan menyukainya :)
 
CIRI-CIRI PADA CLOTH DIAPERS

1. CD : Cloth Diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker  mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yang dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : (Polyurethane Laminate) Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S / M / L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir (3kg) - 3thn (13kg).


Product Cloth Diapers adalah dari jenama :-
COOLABABY CLOTH DIAPERS
BABYLAND CLOTH DIAPERS

Harga asal RM 40 dikurangkan kepada RM 36. Hanya sah untuk bulan Mei sahaja. Tempahan boleh dibuat dari sekarang. Pilihan warna atau corak seperti di bawah :-

  COOLABABY CLOTH DIAPERS
Terdapat 10 pilihan warna :-
  1. Orange
  2. Green
  3. Blue
  4. White
  5. Purple
  6. Yellow
  7. Pale Blue
  8. Red
  9. Mint
  10. Pink
  BABYLAND CLOTH DIAPERS
Terdapat 7 pilihan warna :-
  1. Green
  2. Blue
  3. Lavendar
  4. Pink
  5. Orange
  6. Red
  7. Yellow
  BABYLAND PRINTED CLOTH DIAPERS
Terdapat 4 pilihan corak :-
  1. SpongeBob
  2. BlueMonkey
  3. PinkRetro
  4. BlackRetro
  INSERT
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "d1eede8473f3c917ebecb6ad7ec11e1d";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...